Manohara Odelia bahagia
Mesra dan bahagia! Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang hubungan suami isteri Tengku Temenggong, Tengku Mohammad Fakhry dan Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, 17, yang juga model terkenal Indonesia. Ia sama sekali menafikan dakwaan ibunya, Daisy Farajina yang disiarkan secara meluas oleh akhbar Indonesia bahawa pasangan tersebut mengalami masalah rumah tangga dan Manohara didera secara fizikal dan mental.
Pasangan diraja itu muncul di khalayak ramai di sini hari ini ketika mencemar duli untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.
Kehadiran mereka berdua yang tiba pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota pada 1.40 petang, menarik perhatian orang ramai di majlis itu.
Pada majlis tersebut, Tengku Mohammad Fakhry dilihat berpegangan tangan dengan isterinya, malah mereka juga kerap berbual sambil tersenyum kecil.
Pasangan itu juga tidak melepaskan pulang bermesra dengan rakyat jelata apabila sempat bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir.
Semalam, beberapa buah akhbar memetik laporan media Indonesia baru-baru ini mengenai Manohara yang dikatakan telah didera di bahagian dada oleh suaminya, seorang kerabat diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.
Kisah Manohara itu mendapat liputan meluas di Indonesia selepas Daisy mendakwa anaknya itu 'diculik' oleh Tengku Mohammad Fakhry dan dilarikan dengan sebuah jet dari Arab Saudi pada 26 Februari lalu.
Dakwaan Daisy itu ternyata tidak berasas sama sekali. Malah sebelum ini, Manohara turut kelihatan pada majlis-majlis rasmi diraja.
Pada 31 Mac lalu, Manohara mengiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mencemar duli merasmikan Pesta Flora di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa di sini sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.
Terbaru, pada 16 April, beliau hadir pada majlis ramah mesra Cik Puan Temenggong dengan isteri-isteri wakil rakyat Pas di sebuah hotel di sini.
Pada majlis tersebut, beliau kelihatan amat ceria menghabiskan masa selama empat jam bersama para peserta. Manohara juga sempat menunjukkan demonstrasi memasak dua biji kek.
Bagaimana tanggapan anda dengan pemberitaan diatas, apabila ditelisik dengan banyak pemberitaan yang kontra oleh media masa Indonesia?
0 komentar :
Posting Komentar